Pili Minuman Kambing

Pili Minuman Kambing
Dalam Perancangan lagi, ni gambar Kandang Rakan Ternak yang dilawati

Thursday 30 May 2013

Lawatan ke Tenom dan Kota Marudu

Lama benar rasanya tak menulis dalam blog ni... Maklumlah sibuk dengan kewajiban tugasan di sekolah. Waktu petang dan hujung minggu barulah ada kesempatan melawat kandang kambing yang diselangi juga dengan kelas tambahan yang dilakukan sebagai persiapan pelajar untuk exam semester ke-2 STPM. Dikesempatan ini ingin saya kongsikan aktiviti terbaru Papar AgroFarm. Pertama berita baik, berjaya menyewa kambing jantan yang berkualiti dari rakan penternak dari Tuan Abdul dari Tenom, kalau nak beli boleh tahan juga harganya. Hasil muafakat semangat rakan penternak saya amat berterima kasih kepada tuan abdul kerana meminjamkan/sewa kambing jantan tersebut dalam tempoh masa lebih kurang 2 bulan..Maklumlah modal tak berapa banyak sekarang ni. Berita kurang baik pula, rumput napear yang ditanam lebih kurang 2 bulan dulu masih kurang menunjukan hasil,kerana tinginya dalam anggaran 12 inci sahaja, ini kerana kawasan ladang telah dimasuki kerbau orang dan kambing yang kurang berdisiplin kerana masuk ke kaawasan larangan meragut..hehehe. Tindakan yang boleh dilakukan, membaiki pagar dan menambah baja organik dan baja tanah. moga selepas ini rumput akan subur, i'allah. Di harap juga hujan turun membantu menyirami rumput. Dikesempatan musim cuti sekolah ini saya telah melawat kandang Tuan Abdul di Tenom dan Tn Hj Abu Bakar di Kota Marudu, banyak ilmu yang dipelajari untuk mengurangkan kos pengurusan kambing antaranya pembuat bekas makanan kambing iaitu meletakan rumput napear tanpa di potong.Serta yang ke dua menggunakan daun sawit sebagai makanan utama. Dengan lawatan ini dapat juga meningkatkan semangat diri agar sabar dan tekun meneruskan projek penternakan ini. Minggu hadapan walaupun cuti sekolah saya terlibat dalam perkhemahan persediaan ke peringkat kebangsaan Kadet saya... apapun, tugas harus diteruskan, sentiasa ingat 'Jika kita bekerja dengan ikhlas, Ingsya allah rezeki kita akan berkat dan bertambah'. Salam perjuangan dari saya untuk rakan penternak semua... Assalamualaikum wtb

Thursday 21 February 2013

Misi 2013 Diteruskan

Seribu Langkah bermula dari satu langkah...

Dalam kesibukan tugas dan tangungjawab seharian saya masih juga meluangkan masa melawat kambing di ladang yang sekarang ini dijaga oleh adik, alhamdulilah saya telah membeli mesin perinci second hand dari rakan penternak dengan harga 1 k (mahal tu, tapi apakan daya yang baru tak mampu nak beli). Dengan adanya mesin ini mudah bagi saya dan adik memotong rumput dan mencampurkan dengan em serta molas agar kambing sihat dan berkualiti. saya juga sedang menyiapkan alat-alat untuk membuat silaj yang boleh disimpan lama dan memudahkan memberi makan tampa halangan cuaca. Di kesempatan ini ingin saya berkongsi aktiviti yang berlaku di ladang kambing saya Papar AgroFarm.
Alhamdulilah sekali lagi, setelah sekian lama menunggu traktor dari peladang daerah barulah minggu ini berjaya menbajak ladang untuk aku menanam rumput napear, keluasan lebih kurang 2 ekar dengan kos 1 k (mahal juga ye, bajak dan batas sekali). Lebih kurang setahun menunggu traktor aku dan pekerja hanya berjaya menanam lebih 2 lot saja rumput napear dengan menggunakan cangkul.
Dalam mengatur langkah seterusnya persiapan harus diteruskan untuk menanam rumput napear yang sistematik serta subur. Persiapan yang sedang bermain di fikiran sekarang adalah, keperluan air graviti, baja tambahan selain tahi kambing yang ada, dan batang rumput napear yang berkualiti (napear taiwan dan India). Rumput napear taiwan yang ada dan terbaik setakat ini serta rumput india tahan cuaca tetapi daunnya agak kurang lebar dan gatal sedikit. Harap sifu-sifu memberi tunjuk ajar dalam saya memulakan usaha menanam rumput napear yang dijangka dalam 2 ekar dan yang terbesar di daerah saya. Mudah-mudahan saya dapat menyumbang bekalan rumput kepada penternak lain. Ingsya allah, jangan risau harga berpatutan... harap dalam 5 bulan akan datang usaha ini akan berjaya mengeluarkan hasil seperti yang diingini. Pertanian dan Penternakan adalah perniagaan...

Friday 25 January 2013

Monday 21 January 2013

Cabaran Mendewasakan Saya

Dikesempatan yang terluang ini maklumlah esok cuti, sempena kelahiran junjungan besar nabi Muhaamad s.a.w. Ingin saya berkongsi cerita saya pula... Maklumlah seawal bulan Januari ini tugas di Sekolah amat banyak dari pagi hingga ke petang... bawa juga ke malam. Faham2 sajalah tugas cikgu.. amanah dan profesion harus dipikul dengan tangungjawab... Bila balik dari sekolah waktu petang, setelah habis waktu mengajar atau habis mesyuarat barulah berkesempatan melawat kandang dan kambing yang berjumlah baru 35 ekor. Sebelum ini ada pekerja yang diharapkan tetapi pekerja dah ubah angin nak kerja ladang kelapa sawit lah pula... tinggalah ayah yang memberi makan waktu pagi dan memantau kambing beriadah di padang ragut di waktu petang... alhamdulilah tak juga risau sangat memikirkan perjalanan ternakanku. Walaubagaimanapun hati ini ingin juga mencari pekerja dalam masa terdekat kerana projek menambah keluasan tanaman rumput napear harus dilakukan segera. Pemantauan kesihatan dan pembersihan kandang harus dilakukan sekerap yang boleh, segan nak minta ayah buat.. hehehe. nak cerita minggu lepas semasa memantau keadaan kambing, baru aku perasan yang ada 2 ekor kambing mengalami kecederaan di ekor dan salah satunya telah berulat. tindakan awal saya dengan menyembur spray anti bakteria (Tin warna hijau) dan meletakan anti pembiakan ulat (tepung). setelah seminggu memantau dan memberi ubat tadi akhirnya luka tersebut mula kering dan beransur2 normal... tetapi sorry banyak lah cik kambing berdua, bulu ekor dah gugur... sabarlah, iallah akan tumbuh semula akan datang... Projek seterusnya saya membaiki kandang dan menambah sistem paip air agar tak perlu lagi mengangkat air dari tong air di bawah kandang... persiapan ini perlu kerana bulan Februari ini, I'allah saya menunggu ketibaan lebih kurang 14 ekor kambing cross Bore dan sepasang biri-biri...  Sekian terima kasih... nak menambah ilmu dlu dgn baca blog rakan2 penternak lain...