Pili Minuman Kambing

Pili Minuman Kambing
Dalam Perancangan lagi, ni gambar Kandang Rakan Ternak yang dilawati

Monday 21 May 2012

Kambing Perintis



Sebanyak 14 ekor kambing boer dan crossboer sebagai permulaan telah ditempatkan di kandang ini, yang di beli dari seorang rakan penternak di Kota Belud.  Saya telah membeli sebanyak 5 ekor kambing induk yang sudah pernah melahirkan anak, dan 5 ekor induk bujang serta 2 ekor jantan serta 2 ekor anak betina yang serusia 3 bulan. Pada mulanya berlaku beberapa masalah seperti cirit-birit, kambing lemah dan kematian kambing. Makanan yang saya berikan ialah rumput napear. Selepas meminta nasihat dan mempelawa pegawai dari Jabatan Haiwan Papar melawat kandang kambing saya barulah masalah yang timbul dapat diatasi sedikit demi sedikit. Menurut pembantu pegawai di jabatan haiwan Papar, kambing saya berkemungkinan di serang cacing dan stress dengan penempatan baru serta kandungan makanan yang kurang seimbang.
                Selepas bulan ke – 3, saya telah menambah menu makanan dengan memberi Pilet dan PKC. Kambing saya ternyata semakin gemuk tetapi.. harga pilet boleh tahan juga harganya.. (RM 78.00 seguni). Selepas itu, 3 ekor kambing telah melahirkan anak yang sangat comel dan sihat.

2 comments:

  1. Mahalnya harga pelet!

    Tempat saya pelet khas kambing rm46 dan rm48 satu beg.

    ReplyDelete
  2. sabar saja sahabat. di sabah ada 2 sahaja sykt pengeluar pilet ni... tak tahan den mahal..kekadang bolehlah.. sekarang di samping rumput, campurkan hampas soya, hampas sagu dan PKC saja..

    ReplyDelete