Pili Minuman Kambing

Pili Minuman Kambing
Dalam Perancangan lagi, ni gambar Kandang Rakan Ternak yang dilawati

Friday 10 August 2012

Pengurusan Dokumentasi Ternakan Kambing


Walaupun belum mendapat sijil kursus kambing yang rasmi, rasanya ilmu asas pengurusan kambing telah saya perolehi secara tidak rasmi melalui lawatan ke kandang kambing rakan-rakan ternak lain dan mendapat nasihat dan panduan dari bahagian latihan Jabatan Haiwan Sabah serta pembantu pegawai jabatan haiwan daerah Papar. Dikesempatan ini ingin saya kongsikan sedikit pengetahuan tersebut dalam hal  dokumentasi yang perlu ada pada seorang penternak komesial .
Pertama
Dokumen asas yang perlu ada adalah Kad Ternakan Kambing yang mencatatkan nombor tag kambing, warna, jantina, jenis baka, berat dilahirkan, bilangan seperinduk semasa dilahirkan, tarikh dilahirkan dan sejarah ternakan semasa, termasuk bilangan dan tarikh melahirkan anak dan kesihatan dan berat semasa.
Ke Dua
Kad Rekod Kesihatan Kambing, dokumen ini sekeping kad A4 sahaja(ikut citarasa penternak) untuk sebuah kandang kambing yang mencatatkan tag nombor kambing yang sakit dan rawatan yang diberikan kepada kambing tadi untuk tujuan rekod mingguan atau bulanan.sebagai rujukan penternak dan jabatan haiwan
Ke Tiga
Rekod Prestasi Kambing, yang mencatatkan tag nombor kambing yang melahirkan anak, bilangan anak serta tarikh melahirkan anak pertama, kedua dan seterusnya
Ke Empat
Rekod Kelahiran Kambing, dokumen yang merekodkan induk kambing yang melahirkan anak dalam tempoh masa tertentu contohnya sebulan atau  3 bulan.
Ke Kempat
Rekod Kematian Kambing, yang mencatatkan kematian kambing yang mengandungi no tag, baka, jantina umur, jenis penyakit dan sintom penyakit serta rawatan yang telah dilakukan jika ada.
Ke Lima
Rekod Jualan Kambing, yang merekodkanno tag,  jenis, jantina, warna, berat dan harga jualan, kepada siapa dijual serta untuk tujuan baka atau sembelih.
Ke Enam
Rekod Pembelian makanan dalam tempoh sebulan, yang mengandungi jenis-jenis  makanan, berat, harga/kos  dan lain-lain yang berkaitan
Ke Tujuh
Rekod Pembelian Ubat-ubatan, yang menyatakan jenis ubat-ubatan serta vitamin,harga dan lokasi dibeli
Ke Lapan
Lain-lain rekod yang difikirkan perlu...
Selamat Maju jaya kepada rakan penternak lain dan sesiapa saja yang berminat menceburi bidang ternakan... Selamat berpuasa dan menyambut Hari Raya yang bakal menjelang...

No comments:

Post a Comment