Pili Minuman Kambing

Pili Minuman Kambing
Dalam Perancangan lagi, ni gambar Kandang Rakan Ternak yang dilawati

Thursday 21 February 2013

Misi 2013 Diteruskan

Seribu Langkah bermula dari satu langkah...

Dalam kesibukan tugas dan tangungjawab seharian saya masih juga meluangkan masa melawat kambing di ladang yang sekarang ini dijaga oleh adik, alhamdulilah saya telah membeli mesin perinci second hand dari rakan penternak dengan harga 1 k (mahal tu, tapi apakan daya yang baru tak mampu nak beli). Dengan adanya mesin ini mudah bagi saya dan adik memotong rumput dan mencampurkan dengan em serta molas agar kambing sihat dan berkualiti. saya juga sedang menyiapkan alat-alat untuk membuat silaj yang boleh disimpan lama dan memudahkan memberi makan tampa halangan cuaca. Di kesempatan ini ingin saya berkongsi aktiviti yang berlaku di ladang kambing saya Papar AgroFarm.
Alhamdulilah sekali lagi, setelah sekian lama menunggu traktor dari peladang daerah barulah minggu ini berjaya menbajak ladang untuk aku menanam rumput napear, keluasan lebih kurang 2 ekar dengan kos 1 k (mahal juga ye, bajak dan batas sekali). Lebih kurang setahun menunggu traktor aku dan pekerja hanya berjaya menanam lebih 2 lot saja rumput napear dengan menggunakan cangkul.
Dalam mengatur langkah seterusnya persiapan harus diteruskan untuk menanam rumput napear yang sistematik serta subur. Persiapan yang sedang bermain di fikiran sekarang adalah, keperluan air graviti, baja tambahan selain tahi kambing yang ada, dan batang rumput napear yang berkualiti (napear taiwan dan India). Rumput napear taiwan yang ada dan terbaik setakat ini serta rumput india tahan cuaca tetapi daunnya agak kurang lebar dan gatal sedikit. Harap sifu-sifu memberi tunjuk ajar dalam saya memulakan usaha menanam rumput napear yang dijangka dalam 2 ekar dan yang terbesar di daerah saya. Mudah-mudahan saya dapat menyumbang bekalan rumput kepada penternak lain. Ingsya allah, jangan risau harga berpatutan... harap dalam 5 bulan akan datang usaha ini akan berjaya mengeluarkan hasil seperti yang diingini. Pertanian dan Penternakan adalah perniagaan...

5 comments:

  1. Salam Cikgu Hisam..

    slmat mnruskn aktvt pntrnkan..brapa ekor dh kmbg skrg?

    ReplyDelete
  2. Wsalam, masih lagi dalam 35 ekor sahabat, menungu bekalan baru 15 ekor lagi.

    ReplyDelete
  3. salam cikgu, salam perkenalan ..
    saya saiful, saya nak tanya boleh ka saya buat lawatan ke farm cikgu ..

    ReplyDelete
  4. SAIFUL, Iallah nanti saya maklumkan bila boleh lawat, sekarang ni sibuk lagi.. di kandang pun adik saja yang jaga... tak terurus sangat

    ReplyDelete