Pili Minuman Kambing

Pili Minuman Kambing
Dalam Perancangan lagi, ni gambar Kandang Rakan Ternak yang dilawati

Monday, 25 June 2012

Napear ohhh, napear !!!

Sinar harapan untuk memastikan objektif ku tercapai dengan memastikan rumput napear melebihi 2 ekar semakin hampir. Peringkat pertama yang ku tanam menghampiri 1 lot ataupun 1/4 ekar telah berjaya walaupun rumputnya masih kurang menghijau. Mungkin kekurangan baja ataupun keadaan tanah yang terlalu kering. strategi menaiktaraf pun bermula dengan membaja rumput dengan tahi kambing dan baja tanah. walaubagaimanapun kalau tak ada hujan atau air mana berkesan usaha menghijaukan serta menyuburkan rumput napear ku, dengan itulah aku dibantu pekerja menyiram rumput dengan mengunakan air graviti secara terus atau yang diambil dari tong simpanan.

Langkah seterusnya dilaksanakan dengan menambah lebih kurang 1 lot keluasan kawasan tanaman rumput napear nampaknya menampakan hasil dalam lebih kurang 2 minggu tinggi anak rumput napear talah mencapai ketinggian lebih kurang 1 kaki. Memandangkan musim kemarau, pekerjaku akan menyiram anak napear sama ada diwaktu pagi atau petang. Dengan doa dan usaha i,allah dalam bulan hadapan (Julai 2012) jika berhasil menyewa traktor dari peladang Daerah Papar akan bertambahlah kawasan bakal ditanam rumput napear 1.8 ekar lagi.

Gambar di bawah antara anak rumput napear dan rumput napear sedia ada..



Hujan ohh, hujan kenapa tidak turun....

Tuesday, 22 May 2012

PERSOALAN USIA KAMBING BAKA BOER UNTUK TUJUAN AQIQAH DAN QURBAN

JABATAN MUFTI  KERAJAAN NEGERI SEMBILAN
KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA
BIL 1/1430
7 Rejab 1430H
30hb Jun 2009M
__________________
Kambing jenis baka Boer berumur 1 tahun boleh dijadikan binatang qurban dan aqiqah. Ini kerana ianya memenuhi syarat telah tanggal gigi hadapannya, mempunyai badan yang besar dan telah matang.
Sumber : Portal Rasmi Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus
http://www.muftins.gov.my/component/content/article/41-keputusan-mesyuarat-fatwa/276-hukum-aqiqah-dan-qurban-menggunakan-kambing-jenis-baka-boer

Monday, 21 May 2012

Kambing Perintis



Sebanyak 14 ekor kambing boer dan crossboer sebagai permulaan telah ditempatkan di kandang ini, yang di beli dari seorang rakan penternak di Kota Belud.  Saya telah membeli sebanyak 5 ekor kambing induk yang sudah pernah melahirkan anak, dan 5 ekor induk bujang serta 2 ekor jantan serta 2 ekor anak betina yang serusia 3 bulan. Pada mulanya berlaku beberapa masalah seperti cirit-birit, kambing lemah dan kematian kambing. Makanan yang saya berikan ialah rumput napear. Selepas meminta nasihat dan mempelawa pegawai dari Jabatan Haiwan Papar melawat kandang kambing saya barulah masalah yang timbul dapat diatasi sedikit demi sedikit. Menurut pembantu pegawai di jabatan haiwan Papar, kambing saya berkemungkinan di serang cacing dan stress dengan penempatan baru serta kandungan makanan yang kurang seimbang.
                Selepas bulan ke – 3, saya telah menambah menu makanan dengan memberi Pilet dan PKC. Kambing saya ternyata semakin gemuk tetapi.. harga pilet boleh tahan juga harganya.. (RM 78.00 seguni). Selepas itu, 3 ekor kambing telah melahirkan anak yang sangat comel dan sihat.

Kandang Kambing Pertama ku

                Sudah lama dalam perancanganku ingin memulakan usaha penternakan kambingku, sebelum itu aku telah menternak itik penelur. Pembinaan kandang kambing pertamaku bermula Jan 2011 secara perlahan-lahan mengunakan peralatan sedia ada dan bahan yang beli dari kilang kayu dan kedai hardware di sekitar pekan Papar. Angaran kos termasuk upah dalam 7 ribu. Kandang telah siap pada Mei 2011 dan telah menerima penghuni pertama sebanyak 14 ekor kambing. Walaupun kandangku ini tidak menepati piawai dari jabatan haiwan kerana atapnya terlalu rendah dan belum ada petak pengasingan antara kambing mengandung, beranak dan lain-lain, tetapi ia boleh dianggap sempurna dan selesa juga buat kambingku yang belum seberapa.